CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Hi Welcome To Our Blog...


Sunday, January 9, 2011

Adab dalam majlis


a. Hendaklah salah seorang mereka duduk di tempat yang mereka dapatkan majlis tanpa merasa kurang dihormati/diremehkan. (HR. Abu Daud)

b. Tidak boleh dua orang yang sedang berbicara disela, kecuali dengan izin dari keduanya. (HR. Abu Daud dan At Tirmidzi)

c. Apabila majlis itu penuh dan tidak ada tempat bagi yang baru datang maka Rasulullah menyuruh mereka untuk melonggarkan dan merapatkan diri agar orang tersebut dapat tempat. (HR. Al Khamsah)

d. Jika majlis tersebut bersifat khusus dan membicarakan masalah khusus, maka Rasulullah melarang orang lain bergabung dalam majlis tersebut.

e. Di antara adab majlis adalah hendaknya tidak menempati tempat duduk seseorang yang meninggalkannya sementara ada keperluan. (HR. Muslim)

f. Hendaknya dua orang tidak berbisik-bisik tanpa meminta izin dari orang ketiga kerana akan membuat orang ketiga itu sakit hati/sedih. (HR. Bukhari dan Muslim)

by: Tengku nur Amalina

الارقام



التمرين 



BY Rahani 

Istinjak

 1. Istinjak ialah menghilangkan najis yang keluar dan qubul dan dubur selepas membuang air kecil atau air besar dengan menggunakan alat-alat instinjak.
 2. Hukum istinjak adalah wajib apabila seseorang itu membuang air besar atau kecil. Istinjak boleh dilakukan dengan air, atau batu atau benda-benda kesat. Menggunakan kedua-duanya (air dan batu atau benda-benda kesat) dalam satu masa sebagai alat istinjak adalah lebih afdal (baik).
 Sabda Rasulullah S.A.W.:
 Bila salah seorang antara kamu pergi buang  air hendaklah beristinjak dengan tiga biji batu, kerana
demikian itu cukuplah untuknya             (Riwayat An-Nasai dan Abu Daud)
 3. Alat-alat yang boleh digunakan untuk beristinjak termasuklah:
(a)   air mutlak;
(b)   benda-benda yang kesat, keras dan kering seperti batu, kayu, daun kering, kertas, dan sebagainya.

4. Alat-alat yang diharamkan untuk beristinjak termasuklah:
(a)   bahan-bahan makanan seperti roti;
(b)   tulang-tulang binatang;
(c)   kertas yang tertulis nama Allah S.W.T., ayat­-ayat Al-Quran dan Al-Hadis.

 CARA BERISTINJAK

1. Istinjak boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu :
 (a) menggunakan air mutlak;
     i.     bersihkan tempat keluar najis hingga suci dan dan bersih
          ii.       pastikan hilang bau, rasa, rupa, dan warna najis tersebut.
     (b)  menggunakan benda kesat atau batu
     i.     hendaklah dicalitkan tempat keluar najis sebanyak tiga kali,
          ii.      jika menggunakan satu batu, hendak disapukan pada tiga penjuru batu  tersebut,
         iii.       sekiranya masih belum bersih, wajib diulang sehingga benar-benar suci.
     (c) menggunakan air dan batu;
    i.     menyapu tempat keluar najis dengan batu sehingga hilang najis tersebut,
          ii.     kemudian, dibersihkan dengan air untuk menghilangkan rasa, bau, dan warnanya
                   Cara ini adalah yang paling afdal jika dibandingkan dengan cara (a) dan (b).

2. Selepas selesai beristinjak, kita disunatkan membaca doa memohon kepada Allah S.W.T. supaya kita tergolong dalam golongan yang bersih dan beramal soleh.

3. Beristinjak dengan benda-benda kesat mempunyai beberapa syarat, iaitu:
 (a) alat tersebut kering dan bersih;
(b) alat tersebut bukan daripada benda yang
(c) diharamkan seperti makanan atau yang seumpama dengannya;
(d) najis tersebut masih belum kering;
(e) najis tersebut tidak beralih daripada tempat asalnya;
(f) disapu sebanyak tiga kali, tetapi sekiranya belum bersih hendaklah diulang lagi sehingga bersih;
(g) tidak ada benda-benda lain yang melekat di tempat keluar najis.

Hikmat-hikmat beristinjak termasuklah:

(a)  menjauhkan diri daripada kuman yang membawa penyakit;
(b) supaya badan dalam keadaan sihat dan bersih;
(c) dapat mengerjakan ibadat kepada Allah S.W.T., dengan khusyuk;
(d) mengelakkan daripada dipandang jijik oleh orang lain;
(e) supaya anggota badan tidak dijangkiti oleh pelbagai penyakit.


By Rahani & Khalilah 

Keistimewaan Orang beriman

1. Tidak ada orang yang lebih mulia di sisi Allah dari seorang mukmin. (HR. Ath-Thabrani)


2. Umatku (umat Muhammad) ibarat air hujan, tidak diketahui mana yang lebih baik awalnya atau akhirnya. (Mashabih Assunnah)


3. Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah ada orang yang apabila memohonkan sesuatu maka Allah akan menerimanya (mengabulkannya). (HR. Bukhari dan Muslim)


4. Waspadalah terhadap firasat seorang mukmin. Sesungguhnya dia melihat dengan nur Allah." (HR. Tirmidzi dan Ath-Thabrani)



5. Sebaik-baik umatku adalah apabila pergi (musafir) dia berbuka puasa dan shalat Qashar, dan jika berbuat kebaikan merasa gembira, tetapi apabila melakukan keburukan dia beristighfar. Dan seburuk-buruk umatku adalah yang dilahirkan dalam kenikmatan dan dibesarkan dengannya, makanannya sebaik-baik makanan, dia mengenakan pakaian mewah-mewah dan bila berkata tidak benar (tidak jujur). (HR. Ath-Thabrani)


6. Barangsiapa menyenangi amalan kebaikannya dan menyedihkan (bersedih dengan) keburukannya maka dia adalah seorang mukmin. (HR. Al Hakim)


7. Akan ada suatu umat dari umatku yang masih tetap melaksanakan perintah Allah, maka tidak akan membahayakan mereka orang-orang yang mengecewakan dan menentangnya dan sampai tiba ketentuan Allah mereka tetap dalam penderitaan tersebut. (HR. Al Hakim)


8. Orang yang shaleh selalu mendapat tekanan-tekanan. (HR. Al Hakim)



9. Allah Azza wajalla mewajibkan tujuh hak kepada seorang mukmin terhadap mukmin lainnya, yaitu: (1) melihat saudara seimannya dengan rasa hormat dalam pandangan matanya; (2) mencintainya di dalam hatinya; (3) menyantuninya dengan hartanya; (4) tidak menggunjingnya atau mendengar penggunjingan terhadap kawannya; (5) menjenguknya bila sakit; (6) melayat jenazahnya; (7) dan tidak menyebut kecuali kebaikannya sesudah ia wafat. (HR. Ibnu Baabawih)


10. Sebaik-baik kamu ialah yang diharapkan kebaikannya dan aman dari kejahatannya, dan seburuk-buruk kamu ialah yang tidak diharapkan kebaikannya dan tidak aman dari kejahatannya. (HR. Tirmidzi dan Abu Ya'la)


11. Mencaci-maki seorang mukmin adalah suatu kejahatan, dan memeranginya adalah suatu kekufuran. (HR. Muslim)



12. Aku mengagumi seorang mukmin. Bila memperoleh kebaikan dia memuji Allah dan bersyukur. Bila ditimpa musibah dia memuji Allah dan bersabar. Seorang mukmin diberi pahala dalam segala hal walaupun dalam sesuap makanan yang diangkatnya ke mulut isterinya. (HR. Ahmad dan Abu Dawud)


13. Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada seorang mukmin yang lemah dalam segala kebaikan. Peliharalah apa-apa yang menguntungkan kamu dan mohonlah pertolongan Allah, dan jangan lemah semangat (patah hati). Jika ditimpa suatu musibah janganlah berkata, "Oh andaikata aku tadinya melakukan itu tentu berakibat begini dan begitu", tetapi katakanlah, "Ini takdir Allah dan apa yang dikehendaki Allah pasti dikerjakan-Nya." Ketahuilah, sesungguhnya ucapan: "andaikata" dan "jikalau" membuka peluang bagi (masuknya) karya (kerjaan) setan." (HR. Muslim)


14. Seorang muslim ialah yang menyelamatkan kaum muslimin (lainnya) dari (kejahatan) lidah dan tangannya. Seorang mukmin ialah yang dipercaya oleh kaum beriman terhadap jiwa dan harta mereka, dan seorang muhajir ialah yang berhijrah meninggalkan dan menjauhi keburukan (kejahatan). (HR. Ahmad)


15. Seorang mukmin tidak akan digigit dua kali dari lobang yang satu (sama). (Mutafaq'alaih)


16. Tidak halal bagi seorang muslim menakut-nakuti saudaranya yang muslim. (HR. Abu Dawud)


17. Seorang mukmin bukanlah pengumpat dan yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor. (HR. Bukhari)









By Rahani 

اعضاء الجسم الانسان


BY Rahani Binti Iberahim 

الشياء الموجودة في الفصل

 كرسي 

كتاب 

قلم 


سبورة 



ممسحة 



BY Khalilah Azimah 

NIAT DAN LAFAZ NIAT SOLAT FARDHU LIMA WAKTU..


Lafaz-lafaz niat sembahyang fardhu adalah seperti berikut :

i) Niat solat subuh

أُصَلِّى فَرْضَ الْصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat sebagai (makmum/imam ) kerana Allah Taala.”


ii) Niat Solat Zuhur

أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu zuhur empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah Taala,
Allahu akbar.”

iii) Niat Solat Asar

أُصَلِّى فَرْضَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu asar empar rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”


iv) Niat solat Maghrib

أُصَلِّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah taala,
Allah Akbar.”

v) Niat Solat Isya`

أُصَلِّى فَرْضَ الْعِشَاءِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu isya` empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah taala ,
Allah Akbar”.

WAN KHALIDAH

INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH..


Suatu hari, Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Sesiapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas sambil tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat. Tidak kira sedikit atau banyak. Namun kali ini tidak. Tidak seulas pun diberikan kepada para sahabat. Rasulullah SAW terus makan sambil tersenyum, sehingga habis kesemua limau itu. Kemudian, wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari Rasulullah SAW.

Sahabat - sahabat agak kehairanan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan

"Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada antara kalian yang akan mengenyet mata atau memarahi wanita berkenaan. Saya bimbang hatinya tersinggung. Sebab itu saya habiskan kesemuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

WAN KHALIDAH

Thursday, January 6, 2011

MENGHARGAI MASA

 MENGHARGAI MASA (The Value of Time)

“Demi masa!
Sesungguhnya manusia di dalam kerugian;
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran
Serta berpesan-pesan dengan sabar.”
(Al-Quran, 103: 1 – 3)

Orang yang menghargai masa menganggap “masa itu emas”. Berlalunya masa tanpa sebarang perbuatan atau sumbangan yang berfaedah bererti satu kerugian, kerana masa yang telah berlalu tidak akan kembali. Pada hari ini, dengan adanya teknologi canggih maka perhubungan menjadi semakin rapat dan banyak keputusan perlu dilaksanakan dalam masa yang singkat. Tidak bertindak segera atau melengahkan keputusan akan menyebabkan hilangnya peluang keemasan. 

AMALAN POSITIF MENGHARGAI MASA
Amalan-amalan positif yang menunjukkan seseorang anggota Perkhidmatan Awam itu menghargai masa ialah: 

Menepati masa 
Tepat pada masa adalah satu tabiat yang mesti dibiasakan bagi mewujudkan ketinggian maruah diri dan rasa hormat kepada orang lain. Contohnya, jikalau kita lewat tiba pada sesuatu majlis, mesyuarat atau temujanji, bermakna kita tidak menghormati masa.


Menyegerakan tugas 
Setiap pegawai perlu mengetahui cara mengunakan komputer untuk menyegerakan tugas, menjimatkan masa dan menambahkan produktiviti dalam menjalankan tugas.


Mempunyai perancangan waktu 
Setiap anggota perkhidmatan seharusnya membuat jadual perancangan masa kerja untuk membolehkan kerja-kerja disiapkan dalam masa yang ditetapkan.


Bijak menguruskan tempoh masa yang diberi 
Setiap anggota perkhidmatan seharusnya pandai membahagikan masa dalam menjalankan tugas bagi membolehkan urusan kerja dilaksanakan dengan berkesan.


Menumpukan masa pada kerja-kerja yang produktif dan kreatif 
Produktiviti dan kualiti boleh dipertingkatkan dengan penggunaan masa yang terencana yang dan dengan penuh kemahiran. Sesuatu yang boleh diselesaikan dalam masa dua hari tidak akan menjadi produktif jika mengambil masa seminggu. Orang yang mahir sudah tentu dapat menjimatkan masa.


Menetapkan target date untuk menyiapkan kerja 
Dalam menjalankan tugas seseorang anggota perkhidmatan perlu menetapkan target date untuk menyiapkan kerja dan menggelakkan kerja tertangguh.


Menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan 
Seseorang pegawai hendaklah sentiasa peka kepada kehendak masa dan oleh kerana itu hendaklah menyiapkan kerja selaras dengan keperluan semasa.


AMALAN NEGATIF YANG TIDAK MENGHARGAI MASA

Di antara amalan-amalan negatif yang dianggap tidak menghargai masa adalah:

Berbual-bual kosong semasa bertugas

Tidak menyegerakan tugas

Tidak merancang pekerjaan

Melayan tetamu yang tidak berkenaan

Membuat kerja peribadi di pejabat

Berniaga di waktu pejabat

Membuat kerja yang tidak mustahak




 BY: Tengku Nur Amalina


TAYAMUM


Menggunakan tanah yang bersih dan berdebu. Jika kita sakit dan dinasihatkan oleh Doktor kita tidak boleh terkena air atau kita berada di suatu tempat yang tiada air. Maka kita bolehlah bertayamum untuk menggantikan wuduk.

Fardu Tayamum

1. NIAT, Membaca niat sebelum bertayamum, tekan kedua tapak tangan di atas tanah yang bersih dan berdebu. "Nawaitut tayamumma liistibahatis solaah" ertinya "Sahaja aku tayamum kerana menguruskan sembahyang ".

2. MUKA, Menyapu muka dengan tanah yang bersih dan berdebu dengan sekali tepukan.

3. TANGAN, Menyapu tangan kanan hingga sampai ke siku dengan tanah yang bersih dan berdebu dari tepukan yang kedua kalinya, kemudian tangan kiri.

4. TERTIB, bermakna mengikut urutan atau turutan (dahulukan niat, muka kemudian tangan).

by: Temgku Nur Amalina 

PERNIAGAAN RASULULLAH & PERNIKAHANNYA DENGAN SITI KHADIJAH


Khadijah, menurut riwayat Ibnul Atsir dan Inu Hisyam adalah seorang wanita pedagang yang mulia dan kaya. Beliau sering mengirim orang kepercayaannya untuk berdagang. Ketika mendengar kabar tentang kejujuran Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan kemuliaan akhlaknya. Khadijah mencoba memberi amanat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan membawa dagangannya ke Syam (sekarang Palestina, Syria, Lebanon, dan Yordania).
Khadijah membawakan barang dagangan yang lebih baik dari apa yang dibawakan kepada orang lain. Dalam perjalanan dagang ini Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam ditemani Maisarah, seorang kepercayaan Khadijah. Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam menerima tawaran ini dan berangkat ke Syam bersama Maisarah meniagakan harta Khadijah. Dalam perjalanan ini Nabi berhasil membawa keuntungan yang berlipat ganda, sehingga kepercayaan Khadijah bertambah terhadapnya.
Selama perjalanan tersebut Maisarah sangat mengagumi akhlak dan kejujuran Nabi. Semua sifat dan perilaku tersebut dilaporkan Maisarah kepada Khadijah. Khadijah tertarik pada kejujurannya, dan ia pun terkejut oleh keberkahan yang diperolehnya dari perniagaan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian Khadijah menyampaikan hasratnya untuk menikah dengan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan perantaraan Nafisah binti Muniyah. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyetujuinya, kemudian Nabi menyampaikan hal itu kepada paman-pamannya. Setelah itu, mereka meminang Khadijah untuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dari paman Khadijah, Amr bin Asad. Ketika menikahinya, Nabi berusia dua puluh lima tahun, sedangkan Khadijah berusia empat puluh tahun.
Sebelum menikah dengan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, Khadijah pernah menikah dua kali. Pertama dengan Atiq bin A’idz at-Tamimi, dan yang kedua dengan Abu Halah at-Tamimi; namanya Hindun bin Zurarah. 1
Mengenai kedudukan dan keutamaan Khadijah dalam kehidupan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, sesungguhnya ia tetap mendapatkan kedudukan yang tinggi di sisi Rasulullah sepanjang hidupnya. Telah disebutkan di dalam riwayat Bukhari dan Muslim, bahwa Khadijah adalah wanita terbaik pada zamannya.
Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahwa Ali ra pernah mendengar Rasulullah bersabda : “Sebaik-baik wanita (langit) adalah Maryam binti Imran, dan sebaik-baik wanita (bumi) adalah Khadijah binti Khuwailid.” 2
Bukhari dan Muslim juga meriwayatkan dari Aisyah ra, ia berkata : “Aku tidak pernah cemburu kepada istri-istri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam kecuali kepada Khadijah, sekalipun aku tidak pernah bertemu dengannya. Adalah Rasulullah ketika menyembelih kambing, ia berpesan, “Kirimkan daging kepada teman-teman Khadijah.” Pada suatu hari aku memarahinya, lalu aku katakan, “Khadijah?” Kemudian Nabi bersabda, “Sesungguhnya aku telah dikaruniai cintanya.” 3
Ahmad dan Thabrani meriwayatkan dari Masruq dari Aisyah ra, ia berkata : “Hampir tidak pernah Rasulullah keluar rumah sehingga menyebut Khadijah dan memujinya. PadKhadijah, menurut riwayat Ibnul Atsir dan Inu Hisyam adalah seorang wanita pedagang yang mulia dan kaya. Beliau sering mengirim orang kepercayaannya untuk berdagang. Ketika mendengar kabar tentang kejujuran Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan kemuliaan akhlaknya. Khadijah mencoba memberi amanat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan membawa dagangannya ke Syam (sekarang Palestina, Syria, Lebanon, dan Yordania).
Khadijah membawakan barang dagangan yang lebih baik dari apa yang dibawakan kepada orang lain. Dalam perjalanan dagang ini Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam ditemani Maisarah, seorang kepercayaan Khadijah. Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam menerima tawaran ini dan berangkat ke Syam bersama Maisarah meniagakan harta Khadijah. Dalam perjalanan ini Nabi berhasil membawa keuntungan yang berlipat ganda, sehingga kepercayaan Khadijah bertambah terhadapnya.
Selama perjalanan tersebut Maisarah sangat mengagumi akhlak dan kejujuran Nabi. Semua sifat dan perilaku tersebut dilaporkan Maisarah kepada Khadijah. Khadijah tertarik pada kejujurannya, dan ia pun terkejut oleh keberkahan yang diperolehnya dari perniagaan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian Khadijah menyampaikan hasratnya untuk menikah dengan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan perantaraan Nafisah binti Muniyah. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyetujuinya, kemudian Nabi menyampaikan hal itu kepada paman-pamannya. Setelah itu, mereka meminang Khadijah untuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dari paman Khadijah, Amr bin Asad. Ketika menikahinya, Nabi berusia dua puluh lima tahun, sedangkan Khadijah berusia empat puluh tahun.
Sebelum menikah dengan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, Khadijah pernah menikah dua kali. Pertama dengan Atiq bin A’idz at-Tamimi, dan yang kedua dengan Abu Halah at-Tamimi; namanya Hindun bin Zurarah. 1
Mengenai kedudukan dan keutamaan Khadijah dalam kehidupan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, sesungguhnya ia tetap mendapatkan kedudukan yang tinggi di sisi Rasulullah sepanjang hidupnya. Telah disebutkan di dalam riwayat Bukhari dan Muslim, bahwa Khadijah adalah wanita terbaik pada zamannya.
Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahwa Ali ra pernah mendengar Rasulullah bersabda : “Sebaik-baik wanita (langit) adalah Maryam binti Imran, dan sebaik-baik wanita (bumi) adalah Khadijah binti Khuwailid.” 2
Bukhari dan Muslim juga meriwayatkan dari Aisyah ra, ia berkata : “Aku tidak pernah cemburu kepada istri-istri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam kecuali kepada Khadijah, sekalipun aku tidak pernah bertemu dengannya. Adalah Rasulullah ketika menyembelih kambing, ia berpesan, “Kirimkan daging kepada teman-teman Khadijah.” Pada suatu hari aku memarahinya, lalu aku katakan, “Khadijah?” Kemudian Nabi bersabda, “Sesungguhnya aku telah dikaruniai cintanya.” 3
Ahmad dan Thabrani meriwayatkan dari Masruq dari Aisyah ra, ia berkata : “Hampir tidak pernah Rasulullah keluar rumah sehingga menyebut Khadijah dan memujinya. Pada suatu hari Rasulullah menyebutnya, sehingga menimbulkan kecemburuanku. Lalu aku katakan, “Bukankah ia hanya seorang tua yang Allah telah menggantikannya untuk kakanda orang yang lebih baik darinya?” Kemudian Rasulullah marah seraya bersabda, “Demi Allah, Allah tidak menggantikan untukku orang yang lebih baik darinya. Dia beriman ketika orang-orang ingkar, dia membenarkanku ketika orang-orang mendustakanku, dia membela dengan hartanya ketika orang-orang menghalangiku, dan aku dikaruniai Allah anak darinya, sementara aku tidak dikaruniai anak sama sekali dari istri lainnya.”
Sehubungan dengan pernikahan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan Khadijah, kesan yang pertama kali didapatkan dari pernikahan ini ialah, bahwa Rasulullah sama sekali tidak memperhatikan faktor kesenangan jasadiah. Seandainya Rasulullah sangat memperhatikan hal tersebut, sebagaimana pemuda seusianya, niscaya beliau mencari orang yang lebih muda, atau minimal orang yang tidak lebih tua darinya. Nampaknya, Rasulullah menginginkan Khadijah karena kemuliaan akhlaknya diantara kerabat dan kaumnya, sampai ia pernah mendapatkan julukan ‘Afifah Thahirah (wanita suci) pada masa jahiliyah.
Pernikahan itu berlangsung hingga Khadijah meninggal dunia pada usia enam puluh lima tahun, sementara itu Rasulullah telah mendekati lima puluh tahun, tanpa berfikir selama masa ini untuk menikah dengan wanita atau gadis lain suatu hari Rasulullah menyebutnya, sehingga menimbulkan kecemburuanku. Lalu aku katakan, “Bukankah ia hanya seorang tua yang Allah telah menggantikannya untuk kakanda orang yang lebih baik darinya?” Kemudian Rasulullah marah seraya bersabda, “Demi Allah, Allah tidak menggantikan untukku orang yang lebih baik darinya. Dia beriman ketika orang-orang ingkar, dia membenarkanku ketika orang-orang mendustakanku, dia membela dengan hartanya ketika orang-orang menghalangiku, dan aku dikaruniai Allah anak darinya, sementara aku tidak dikaruniai anak sama sekali dari istri lainnya.”
Sehubungan dengan pernikahan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan Khadijah, kesan yang pertama kali didapatkan dari pernikahan ini ialah, bahwa Rasulullah sama sekali tidak memperhatikan faktor kesenangan jasadiah. Seandainya Rasulullah sangat memperhatikan hal tersebut, sebagaimana pemuda seusianya, niscaya beliau mencari orang yang lebih muda, atau minimal orang yang tidak lebih tua darinya. Nampaknya, Rasulullah menginginkan Khadijah karena kemuliaan akhlaknya diantara kerabat dan kaumnya, sampai ia pernah mendapatkan julukan ‘Afifah Thahirah (wanita suci) pada masa jahiliyah.
Pernikahan itu berlangsung hingga Khadijah meninggal dunia pada usia enam puluh lima tahun, sementara itu Rasulullah telah mendekati lima puluh tahun, tanpa berfikir selama masa ini untuk menikah dengan wanita atau gadis lain


wan khalidah @>----

Syarat-syarat Wuduk




* 1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)
* 2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
* 3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
* 4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
* 5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
* 6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.

By :khalilah Azimah 

Perkara-perkara Yang Membatalkan Wuduk

* 1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.
* 2. Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.
* 3. Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya.
* 4. Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.
* 5. Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).
* 6. Murtad.



By Khalilah Azimah 

cara berwuduk


cara-cara berwuduk :
  • Membaca : Bismillah hirrah ma nirrahim.
  • Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan, tiga kali
  • Berkumur tiga kali
  • Memasukkan air ke dalam hidung kemudian mengeluarkannya, diulangi tiga kali.
  • Menyebut lafaz niat wuduk, seperti:
  • Membasuh muka tiga kali. Basuhan pertama disertakan dengan niat. Niatnya ialah: “sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala”.
  • Membasuh tangan kanan hingga ke siku, tiga kali. Kemudian membasuh tangan kiri hingga ke siku, tiga kali.
  • Menyapu sebahagian kepala dengan air, tiga kali.
  • Menyapu kedua-dua telinga dengan air, tiga kali.
  • Membasuh kaki kanan hingga ke buku lali, tiga kali. Kemudian membasuh kaki kiri hingga ke buku lali, tiga kali.
  • Berdoa sambil mengangkat tangan, mendongakkan muka sedikit menghadap kiblat.


    By Khalilah Azimah