CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Hi Welcome To Our Blog...


Sunday, January 9, 2011

Adab dalam majlis


a. Hendaklah salah seorang mereka duduk di tempat yang mereka dapatkan majlis tanpa merasa kurang dihormati/diremehkan. (HR. Abu Daud)

b. Tidak boleh dua orang yang sedang berbicara disela, kecuali dengan izin dari keduanya. (HR. Abu Daud dan At Tirmidzi)

c. Apabila majlis itu penuh dan tidak ada tempat bagi yang baru datang maka Rasulullah menyuruh mereka untuk melonggarkan dan merapatkan diri agar orang tersebut dapat tempat. (HR. Al Khamsah)

d. Jika majlis tersebut bersifat khusus dan membicarakan masalah khusus, maka Rasulullah melarang orang lain bergabung dalam majlis tersebut.

e. Di antara adab majlis adalah hendaknya tidak menempati tempat duduk seseorang yang meninggalkannya sementara ada keperluan. (HR. Muslim)

f. Hendaknya dua orang tidak berbisik-bisik tanpa meminta izin dari orang ketiga kerana akan membuat orang ketiga itu sakit hati/sedih. (HR. Bukhari dan Muslim)

by: Tengku nur Amalina

الارقام



التمرين 



BY Rahani 

Istinjak

 1. Istinjak ialah menghilangkan najis yang keluar dan qubul dan dubur selepas membuang air kecil atau air besar dengan menggunakan alat-alat instinjak.
 2. Hukum istinjak adalah wajib apabila seseorang itu membuang air besar atau kecil. Istinjak boleh dilakukan dengan air, atau batu atau benda-benda kesat. Menggunakan kedua-duanya (air dan batu atau benda-benda kesat) dalam satu masa sebagai alat istinjak adalah lebih afdal (baik).
 Sabda Rasulullah S.A.W.:
 Bila salah seorang antara kamu pergi buang  air hendaklah beristinjak dengan tiga biji batu, kerana
demikian itu cukuplah untuknya             (Riwayat An-Nasai dan Abu Daud)
 3. Alat-alat yang boleh digunakan untuk beristinjak termasuklah:
(a)   air mutlak;
(b)   benda-benda yang kesat, keras dan kering seperti batu, kayu, daun kering, kertas, dan sebagainya.

4. Alat-alat yang diharamkan untuk beristinjak termasuklah:
(a)   bahan-bahan makanan seperti roti;
(b)   tulang-tulang binatang;
(c)   kertas yang tertulis nama Allah S.W.T., ayat­-ayat Al-Quran dan Al-Hadis.

 CARA BERISTINJAK

1. Istinjak boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu :
 (a) menggunakan air mutlak;
     i.     bersihkan tempat keluar najis hingga suci dan dan bersih
          ii.       pastikan hilang bau, rasa, rupa, dan warna najis tersebut.
     (b)  menggunakan benda kesat atau batu
     i.     hendaklah dicalitkan tempat keluar najis sebanyak tiga kali,
          ii.      jika menggunakan satu batu, hendak disapukan pada tiga penjuru batu  tersebut,
         iii.       sekiranya masih belum bersih, wajib diulang sehingga benar-benar suci.
     (c) menggunakan air dan batu;
    i.     menyapu tempat keluar najis dengan batu sehingga hilang najis tersebut,
          ii.     kemudian, dibersihkan dengan air untuk menghilangkan rasa, bau, dan warnanya
                   Cara ini adalah yang paling afdal jika dibandingkan dengan cara (a) dan (b).

2. Selepas selesai beristinjak, kita disunatkan membaca doa memohon kepada Allah S.W.T. supaya kita tergolong dalam golongan yang bersih dan beramal soleh.

3. Beristinjak dengan benda-benda kesat mempunyai beberapa syarat, iaitu:
 (a) alat tersebut kering dan bersih;
(b) alat tersebut bukan daripada benda yang
(c) diharamkan seperti makanan atau yang seumpama dengannya;
(d) najis tersebut masih belum kering;
(e) najis tersebut tidak beralih daripada tempat asalnya;
(f) disapu sebanyak tiga kali, tetapi sekiranya belum bersih hendaklah diulang lagi sehingga bersih;
(g) tidak ada benda-benda lain yang melekat di tempat keluar najis.

Hikmat-hikmat beristinjak termasuklah:

(a)  menjauhkan diri daripada kuman yang membawa penyakit;
(b) supaya badan dalam keadaan sihat dan bersih;
(c) dapat mengerjakan ibadat kepada Allah S.W.T., dengan khusyuk;
(d) mengelakkan daripada dipandang jijik oleh orang lain;
(e) supaya anggota badan tidak dijangkiti oleh pelbagai penyakit.


By Rahani & Khalilah 

Keistimewaan Orang beriman

1. Tidak ada orang yang lebih mulia di sisi Allah dari seorang mukmin. (HR. Ath-Thabrani)


2. Umatku (umat Muhammad) ibarat air hujan, tidak diketahui mana yang lebih baik awalnya atau akhirnya. (Mashabih Assunnah)


3. Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah ada orang yang apabila memohonkan sesuatu maka Allah akan menerimanya (mengabulkannya). (HR. Bukhari dan Muslim)


4. Waspadalah terhadap firasat seorang mukmin. Sesungguhnya dia melihat dengan nur Allah." (HR. Tirmidzi dan Ath-Thabrani)



5. Sebaik-baik umatku adalah apabila pergi (musafir) dia berbuka puasa dan shalat Qashar, dan jika berbuat kebaikan merasa gembira, tetapi apabila melakukan keburukan dia beristighfar. Dan seburuk-buruk umatku adalah yang dilahirkan dalam kenikmatan dan dibesarkan dengannya, makanannya sebaik-baik makanan, dia mengenakan pakaian mewah-mewah dan bila berkata tidak benar (tidak jujur). (HR. Ath-Thabrani)


6. Barangsiapa menyenangi amalan kebaikannya dan menyedihkan (bersedih dengan) keburukannya maka dia adalah seorang mukmin. (HR. Al Hakim)


7. Akan ada suatu umat dari umatku yang masih tetap melaksanakan perintah Allah, maka tidak akan membahayakan mereka orang-orang yang mengecewakan dan menentangnya dan sampai tiba ketentuan Allah mereka tetap dalam penderitaan tersebut. (HR. Al Hakim)


8. Orang yang shaleh selalu mendapat tekanan-tekanan. (HR. Al Hakim)



9. Allah Azza wajalla mewajibkan tujuh hak kepada seorang mukmin terhadap mukmin lainnya, yaitu: (1) melihat saudara seimannya dengan rasa hormat dalam pandangan matanya; (2) mencintainya di dalam hatinya; (3) menyantuninya dengan hartanya; (4) tidak menggunjingnya atau mendengar penggunjingan terhadap kawannya; (5) menjenguknya bila sakit; (6) melayat jenazahnya; (7) dan tidak menyebut kecuali kebaikannya sesudah ia wafat. (HR. Ibnu Baabawih)


10. Sebaik-baik kamu ialah yang diharapkan kebaikannya dan aman dari kejahatannya, dan seburuk-buruk kamu ialah yang tidak diharapkan kebaikannya dan tidak aman dari kejahatannya. (HR. Tirmidzi dan Abu Ya'la)


11. Mencaci-maki seorang mukmin adalah suatu kejahatan, dan memeranginya adalah suatu kekufuran. (HR. Muslim)



12. Aku mengagumi seorang mukmin. Bila memperoleh kebaikan dia memuji Allah dan bersyukur. Bila ditimpa musibah dia memuji Allah dan bersabar. Seorang mukmin diberi pahala dalam segala hal walaupun dalam sesuap makanan yang diangkatnya ke mulut isterinya. (HR. Ahmad dan Abu Dawud)


13. Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada seorang mukmin yang lemah dalam segala kebaikan. Peliharalah apa-apa yang menguntungkan kamu dan mohonlah pertolongan Allah, dan jangan lemah semangat (patah hati). Jika ditimpa suatu musibah janganlah berkata, "Oh andaikata aku tadinya melakukan itu tentu berakibat begini dan begitu", tetapi katakanlah, "Ini takdir Allah dan apa yang dikehendaki Allah pasti dikerjakan-Nya." Ketahuilah, sesungguhnya ucapan: "andaikata" dan "jikalau" membuka peluang bagi (masuknya) karya (kerjaan) setan." (HR. Muslim)


14. Seorang muslim ialah yang menyelamatkan kaum muslimin (lainnya) dari (kejahatan) lidah dan tangannya. Seorang mukmin ialah yang dipercaya oleh kaum beriman terhadap jiwa dan harta mereka, dan seorang muhajir ialah yang berhijrah meninggalkan dan menjauhi keburukan (kejahatan). (HR. Ahmad)


15. Seorang mukmin tidak akan digigit dua kali dari lobang yang satu (sama). (Mutafaq'alaih)


16. Tidak halal bagi seorang muslim menakut-nakuti saudaranya yang muslim. (HR. Abu Dawud)


17. Seorang mukmin bukanlah pengumpat dan yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor. (HR. Bukhari)









By Rahani 

اعضاء الجسم الانسان


BY Rahani Binti Iberahim 

الشياء الموجودة في الفصل

 كرسي 

كتاب 

قلم 


سبورة 



ممسحة 



BY Khalilah Azimah 

NIAT DAN LAFAZ NIAT SOLAT FARDHU LIMA WAKTU..


Lafaz-lafaz niat sembahyang fardhu adalah seperti berikut :

i) Niat solat subuh

أُصَلِّى فَرْضَ الْصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat sebagai (makmum/imam ) kerana Allah Taala.”


ii) Niat Solat Zuhur

أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu zuhur empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah Taala,
Allahu akbar.”

iii) Niat Solat Asar

أُصَلِّى فَرْضَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu asar empar rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”


iv) Niat solat Maghrib

أُصَلِّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah taala,
Allah Akbar.”

v) Niat Solat Isya`

أُصَلِّى فَرْضَ الْعِشَاءِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu isya` empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah taala ,
Allah Akbar”.

WAN KHALIDAH