CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Hi Welcome To Our Blog...


Thursday, January 6, 2011

MENGHARGAI MASA

 MENGHARGAI MASA (The Value of Time)

“Demi masa!
Sesungguhnya manusia di dalam kerugian;
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran
Serta berpesan-pesan dengan sabar.”
(Al-Quran, 103: 1 – 3)

Orang yang menghargai masa menganggap “masa itu emas”. Berlalunya masa tanpa sebarang perbuatan atau sumbangan yang berfaedah bererti satu kerugian, kerana masa yang telah berlalu tidak akan kembali. Pada hari ini, dengan adanya teknologi canggih maka perhubungan menjadi semakin rapat dan banyak keputusan perlu dilaksanakan dalam masa yang singkat. Tidak bertindak segera atau melengahkan keputusan akan menyebabkan hilangnya peluang keemasan. 

AMALAN POSITIF MENGHARGAI MASA
Amalan-amalan positif yang menunjukkan seseorang anggota Perkhidmatan Awam itu menghargai masa ialah: 

Menepati masa 
Tepat pada masa adalah satu tabiat yang mesti dibiasakan bagi mewujudkan ketinggian maruah diri dan rasa hormat kepada orang lain. Contohnya, jikalau kita lewat tiba pada sesuatu majlis, mesyuarat atau temujanji, bermakna kita tidak menghormati masa.


Menyegerakan tugas 
Setiap pegawai perlu mengetahui cara mengunakan komputer untuk menyegerakan tugas, menjimatkan masa dan menambahkan produktiviti dalam menjalankan tugas.


Mempunyai perancangan waktu 
Setiap anggota perkhidmatan seharusnya membuat jadual perancangan masa kerja untuk membolehkan kerja-kerja disiapkan dalam masa yang ditetapkan.


Bijak menguruskan tempoh masa yang diberi 
Setiap anggota perkhidmatan seharusnya pandai membahagikan masa dalam menjalankan tugas bagi membolehkan urusan kerja dilaksanakan dengan berkesan.


Menumpukan masa pada kerja-kerja yang produktif dan kreatif 
Produktiviti dan kualiti boleh dipertingkatkan dengan penggunaan masa yang terencana yang dan dengan penuh kemahiran. Sesuatu yang boleh diselesaikan dalam masa dua hari tidak akan menjadi produktif jika mengambil masa seminggu. Orang yang mahir sudah tentu dapat menjimatkan masa.


Menetapkan target date untuk menyiapkan kerja 
Dalam menjalankan tugas seseorang anggota perkhidmatan perlu menetapkan target date untuk menyiapkan kerja dan menggelakkan kerja tertangguh.


Menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan 
Seseorang pegawai hendaklah sentiasa peka kepada kehendak masa dan oleh kerana itu hendaklah menyiapkan kerja selaras dengan keperluan semasa.


AMALAN NEGATIF YANG TIDAK MENGHARGAI MASA

Di antara amalan-amalan negatif yang dianggap tidak menghargai masa adalah:

Berbual-bual kosong semasa bertugas

Tidak menyegerakan tugas

Tidak merancang pekerjaan

Melayan tetamu yang tidak berkenaan

Membuat kerja peribadi di pejabat

Berniaga di waktu pejabat

Membuat kerja yang tidak mustahak




 BY: Tengku Nur Amalina


No comments:

Post a Comment