CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Hi Welcome To Our Blog...


Tuesday, November 30, 2010

MENANGANI GEJALA PONTENG

Berleluasanya gejala ponteng memeningkan pihak sekolah. Pelbagai kaedah cuba dilaksanakan untuk menangani gejala ini sehinggakan ada cadangan supaya guru juga harus memakai pakaian seragam polis,pegawai kastam atau pegawai penjara!

Yang tidak kurang peningnya ialah para ibu bapa. Betapa tidak?? Anak-anak pergi ke sekolah seperti biasa. Namun tiba-tiba sahaja surat sampai ke rumah mengatakan anak tidak hadir. Lebih memeritkan apabila anak tidak menduduki peperiksaan. Memang orang ponteng takut kepada peperiksaan!

Apakah sebenarnya gejala ponteng?
Kamus dewan mentakrifkan ponteng membawa maksud lari daripada tugas atau tanggungjawab tanpa kebenaran. Dalam kes pelajar,ponteng adalah satu budaya negative yang wujudsepanjang masa dan bentuknya juga pelbagai. Ia berleluasa bukan sahaja dalam kalangan pelajar tetapi juuga dalam alam pekerjaan,social,organisasi dan Negara.
Di Malaysia,ponteng sudah menjadi satu wabak. Ianya merebak membawa budaya lain yang lebih buruk seperti merokok,rosak akhlak,mencuri,dadah,pergaulan bebas,merempit dan gengsterisme.

PUNCA PONTENG

1.SIKAP NEGATIF
-Punca utama gejala ponteng sebenarnya dating daripada sikap negative individu sendiri seperti:
-Malas
-Rasa rendah diri
-Tidak bermotivasi
-Rasa dipencilkan oleh kawan-kawan
-Benci kepada guru dan sekolah
-Kekurangan tenaga atau zat makanan
-Kesihatan terganggu
-Sikap individu yang negative ini sering melahirkan fobia nakal dalam kalangan para remaja seperti:
-Terlibat dengan aktiviti nakal dan pra-jenayah
-Terpengaruh dengan kawan-kawan yang nakal
-Merokok dan menghisap dadah
-Mengakses bahan lucah daripada Internet
-Kegilaan kepada muzik yang melampau
-Mengunjungi tempat hiburan /snuker games
-Ada aktiviti lain yang lebih menyeronokkan

2.PUNCA KELUARGA
-Sebahagian gejala ponteng disebabkan oleh pengaruh dalam kalangan keluarga:
-Tiada galakan daripada keluarga
-Keluarga tidak ambil kisah
-Keluarga tidak memantau perkembangan pembelajaran
-Keluarga bermasalah seperti perkelahian dan penceraian
-Kemiskinan tegar
-Terlalu mewah wang yang ditabur keluarga


3. FOBIA KEPADA GURU ATAU SEKOLAH

Fobia takut
-Guru garang tidak bertempat
-Kerja rumah atau kerja berkumpulan tidak siap
-Pakaian seragam tidak lengkap
-Buku atau peralatan tidak lengkap
-Takut didenda
-Takut dibuli senior
-Takut sampai lewat ke sekolah

Fobia pembelajaran
-Ketinggalan dalam pembelajaran
-Day dreaming dalam kelas
-Tidak berminat atau bosan untuk belajar
-Tidak mampu membeli buku teks ,buku rujukan dan peralatan belajar
-Mata pelajaran sukar


KESAN BURUK PONTENG

Gejala ponteng tidak ubah seperti barah yang bersarang dalam tubuh. Kesannya tidak ketara dengan segera. Namun apabila sudah parah,barah itu akan merosakkan fungsi organ-organ tubuh badan,yang akhirnya seluruh tubuh badan akan sakit. Gejala buruk ponteng ini boleh memberi kesan kepada:

1. Diri pelajar
-Makin lama semakin hilang keyakinan diri untuk maju
-Lemah dalam semua pelajaran lantas gagal dalam peperiksaan
-Mudah terdedah dengan gejala social
-Keciciran pembelajaran yang akan membawa kepada keciciran persekolahan
-Terlibat dengan gejala keruntuhan akhlak

2. Ibu bapa
-Ibu bapa risau dan kecewa
-Ibu bapa tidak dapat memberi tumpuan kepada kerjaya yang boleh membawa kepada kehilangan jawatan dan sumber pendapatan
-Terpaksa mengambil masa atau cuti untuk memulihkan arak
-Contoh buruk menjadi ikutan adik-adik
-Lari dari rumah dan memutuskan hubungan kekeluargaan


3. Guru dan sekolah
-Maruah dan wibawa guru serta sekolah akan tercabar dan tercemar
-Rekod keputusan peperiksaan sekolah merudum
-Mutu dan taraf sekolah terjejas
-Aktiviti sekolah tidak dapat berjalan dengan lancer

4. Masyarakat
-Fenomena pelajar ponteng ini menyakitkan mata memandang
-Penyakit ini mudah menular
-Wujud gengsterisme
-Berlaku kecurian di kedai dan pasar raya
-Meningkatkan kadar jenayah
-Merebaknya budaya buruk


5. Kerjaya
Remaja yang terlibat dengan gejala ponteng ini tidak akan terus nampak kesan kepada masa depan mereka seperti:
-Tidak cemerlang atau lambat berkembang dalam kerjaya- Cuma menjadi layman sahaja
-Tiada kenaikan pangkat/jawatan
-Menjadi kebencian rakan sejawatan atau meracuni pemikiran mereka
-Tidak menjadi jaguh
-Risiko dibuang kerja

6. Negara
-Terpaksa ditambah tenaga penguat kuasa
-Mencabar kuasa pihak penguat kuasa
-Imej Negara tercemar di peringkat antarabangsa
-Meningkatkan kadar pengguran
-Produktiviti Negara menurun dan melambatkan proses menuju kea rah Negara maju

MEMBANTERAS PONTENG

1. Peranan ibu bapa di rumah
=Beri lebih kasih saying
=Beratkan didikan agama terutama menguatkan solat dan solat berjemaah
=Kaunseling anak yang bermasalah
=Beri perbelanjaan harian yang mencukupi tetapi jangan berlebihan
=Pantau aktiviti anak misalnya cek beg sekolah mereka dari semasa ke semasa dan pastikan mereka terus balik ke rumah selepas waktu sekolah
=Pennuhi kelengkapan dan keperluan sekolah anak seperti membelikan buku teks ,buku rujukan dan peralatan yang mencukupi.
=Tanamkan semangat perlumbaan memasuki sekolah berasrama penuh


2. Peranan ibu bapa di luar rumah
-Hantar anak ke sekolah dengan kenderaan sendiri jika mampu
-Awasi aktiviti luar anak pada hujung minggu dan cuti sekolah
-Hantar anak ke kem cuti sekolah
-Awasi anak di internet
-Awasi siapa kawan anak dan larang pergaulan bebas
-Galak anak memberi hadiah pada guru
-Ambil masa untuk bertemu dengan guru anak-anak
-Tanamkan semangat memberi khidmat kepada sekolah – cintai sekolah
-Galakkan penglibatan yang aktif dalam kokurikulum dan sukan


3. Peranan guru
-Guru hendaklah melaksanakan pendekatan lemah lembut dan kasih saying serta mengenali setiap individu dengan lebih dekat
-Adakan aktiviti social bermanfaat bersama murid
-Beri hadiah kepada murid
-Kaunseling murid yang bermasalah dengan segera dan jika tidak Berjaya berjumpalah dengan ibu bapa mereka
-Anggaplah murid sebagai anak sendiri
-Wujudkan kaedah memantau beg sekolah murid secara berhikamah

Kesimpulan
Menangani gejala ponteng menjadi tugas dan tanggungjawab semua pihak yang berwajib. Jangan cuba menuding jari kepada satu-satu pihak sahaja. Bagaimanapun,kesedaran yang dating dari dalam diri murid itu sendiri lebih berkesan untuk jangka masa panjang. Murid yang ada jati diri serrta tahu hala tuju kehidupan persekolahan mereka mampu menepis gejala buruk yang cuba menggoda mereka.
Kepada bakal-bakal guru khususnya,sedarlah bahawa keadaan ini kita akan hadapi sama-sama. Bersamalah kita berganding bahu menangani wabak ini.

~:~ Khalidah

2 comments: