CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Hi Welcome To Our Blog...


Sunday, January 2, 2011

Cara menunaikan solat ketika sakit

Mungkin ada diantara kita tidak mengetahui ketika kita sakit...kita perlu solat ...ada yg mengambil kesempatan untuk tidak solat ketika sakit dgn alasan ...x berupaya untuk bangun untuk ambil wuduk,solat dan sebagainya... katanya apabila sudah sihat nanti nak qadar semua solat...inilah persepsi masyarakat hari ini....akhirnya jika x sihat & terus meninggal ...kita membawa amalan kita x solat (fenomena ini byk terjadi di hospital) bagi yang sihat harus membantu orang yang tidak sihat misalnya ...membantu untuk mengambil wuduk...bahkan apabila kita berada dlm keadaan tidak sihat....waktu inilah kita kena rasa dekat dgn Allah ...... Islam itu mudah dalam segala hal...bahkan dlm solat..jika x berupaya utk solat berdiri...Islam boleh solat sambil duduk,mengiring, dan melentang...mudahkan Islam....




1. SOLAT SAMBIL DUDUK
- Keadaan duduk adalah seperti duduk antara 2 sujud
- mengadap kiblat
- Niat, takbir, sujud dan duduk tahiyat awal/akhir adalah sama seperti solat biasa
- Rukuk dilakukan dgn menundukkan kepala sehingga kedudukannya bertentangan dengan tempat sujud
- Iktidal pula dilakukan dgn mengangkat kepala tegak semula
- Sujud spt biasa. Namun, jika tak mampu, bolehlah dgn menundukkan kepala rendah sedikit drp tunduk ketika rukuk.



2. SOLAT BARING MENGIRING
- mengiring di atas rusuk kanan
- muka dan dada mengadap kiblat
- Rukuk dan sujud dilakukan dgn cara menunjukkan isyarat kepala. Tundukkan kepala semasa rukuk, sementara sujud dilakukan dgn menundukkan kepala lebih rendah drp ketika rukuk.
- Jika tidak mampu, bolehlah menggunakan isyarat kelopak mata bagi rukuk, manakala sujud dengan isyarat menutup mata.


3. SOLAT BARING MELENTANG
- baring melentang dan kakinya diluruskan ke arah kiblat
- tinggikan sedikit kepala dgn menggunakan bantal (atau seumpamanya) supaya muka mengadap kiblat
- Rukuk dan sujud dgn isyarat kelopak mata spt dalam suasana solat mengiring di atas
- Jika tidak terdaya, bolehlan rukuk dan sujud dgn cara lintasan (niat) di hati dgn mengingati setiap perbuatan dlm solat
- Tangan diangkat spt biasa ketika takbir. Jika tidak berdaya, memadai dgn ucapan Allahu Akbar sahaja.\




By Khalilah Azimah

2 comments:

  1. Assalamualaikum

    para mu'alimah sekalian, salam ziarah n cari ilmu disini.

    Subhanallah! byk info bermnfaat disini, teruskan share, moga mnfaat buat semua

    barakallah'alaikunna:)

    ~K.Mariena

    ReplyDelete