CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Hi Welcome To Our Blog...


Sunday, December 26, 2010

Adab terhadap ibu bapa



Adab terhadap ibu bapa saya mulakan dengan surah An-kabut ayat 8


Firman Allah SWT
“ Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya … ” (Al-Ankabut ayat 8 )
Sabda Nabi SAW;

“ Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya : “ Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : “ Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? ” Baginda menjawab : “ Sembahyang dalam waktunya. ” Beliau bertanya lagi : “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Kemudian berbakti kepada ibubapa. ” Beliau bertanya lagi: “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Berjihad di jalan Allah. ” Beliau berkata lagi: “ Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda SAW menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah untuk saya. ” [Hadis riwayat Bukhari]

Hukum berbakti kepada ibubapa

Berbakti kepada ibubapa dan menghubungkan silaturrahim adalah wajib. Al-Birr (berbuat kebaikan/ berbakti) ialah melakukan segala kebaikan yang boleh membawa pembuatnya ke syurga.

Sebab turun ayat 8 Surah Al-Ankabut

Imam Ahmad, Muslim dan at-Tirmizi meriwayatkan:

Ibu Sa’ad bin Abi Waqqas r.a. – iaitu Hamnah binti Sufyan bin Umayyah. Ibu beliau merupakan sepupu kepada Abu Sufyan bin Umayyah – telah bersumpah tidak akan bercakap dengan Sa’ad r.a. selama-lamanya, sehingga beliau kufur dengan agamanya (agama Islam). Ibunya juga berkata kepada beliau: “ Kamu pernah mendakwa bahawa Allah telah menyuruh kamu supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapa kamu. Aku ini adalah ibumu. Aku menyuruhmu dengan perkara ini ( iaitu keluar dari Islam). ” Lalu turunlah ayat 8 Surah Al-Ankabut ( Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya… )

Pelengkap ayat di atas dalam Surah Al-Ankabut ialah:

… Jika mereka berdua bersungguh-sungguh mendesak kamu supaya mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah kamu taat kepada mereka. Hanya kepada-Ku tempat kembali kamu semuanya. Kemudian Aku akan memberitahu kamu tentang segala apa yang kamu kerjakan (di dunia dahulu). [Al-Ankabut Ayat 8]

Syarat Ketaatan

Ayat dan hadis ini berpesan tentang hak kedua ibu bapa, dan memerintahkan supaya taat kepada mereka, sekalipun mereka kafir. Tetapi jika mereka menyuruh anak mereka supaya syirik kepada Allah Ta’ala, sebagaimana tindakan ibu Sa’ad kepada Sa’ad, maka wajiblah menderhaka mereka dalam hal tersebut.

Dalam ayat ini terdapat penjelasan tentang perkara yang mujmal (tidak dijelaskan), lalu ia dijelaskan oleh Hadis Nabi SAW ini;

Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Nasaie meriwayatkan daripada Ali r.a. bahawa Rasul Allah SAW telah bersabda:

“Tidak harus taat kepada sesiapa pun dalam menderhaka Allah. Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam melakukan perkara baik. ”

Imam Ahmad dan Al-Hakim meriwayatkan daripada Imran dan Al-Hakam bin Umar Al-Ghifari r.anhuma. bahawa Rasul Allah SAW bersabda:

“ Tidak harus taat kepada mana-mana makhluk dalam menderhakai Tuhan yang Maha Mencipta. ”


Antara adab/tanggungjawab seorang anak terhadap ibubapanya adalah seperti berikut:

1. Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan /ajaran ibubapa. Sesuai dengan perintah Allah swt supaya pertama-tamanya beribadat kepadaNya dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa.

2. Hendaklah bercakap dengan lemah lembut dan suara yang rendah ketika bertutur dengan ibubapa. Jangan sekali-kali membantah dan mengherdik mereka dengan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah Allah SWT .

3. Sentiasa hormat dan kasih sayang kepada kedua ibubapa.

4. Jangan sekali-kali menderhaka kepada mereka, kerana derhaka kepada kedua ibubapa adalah suatu dosa besar. Anak yang tidak mendapat keredhaan ibubapnya akan tidak mendapat keredhaan Allah dan ibadatnya tidak diterima Allah swt.




5. Sentiasalah mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka, sama ada mereka masih hidup atau setelah mereka meninggal dunia dengan berdoa'

" Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, rahmatilah kedua-duanya sebagaimana mereka memeliharaku pada waktu kecil"

6. Hendaklah memanggil ibubapa dengan panggilan yang disenangi mereka.

7. Gembirakanlah hati ibubapa dengan menolong kerja rumah di samping melayani dengan penuh kasih sayang (jika tinggal bersama) atau dengan memberikan apa juga bantuan mengikut keperluan yang dihadapi semasa menghadapi saki baki hidupnya.

8. Ucapkan salam dan pohon kemaafan kepada ibu bapa ketika bertemu dan berpisah dengan mereka, kerana mungkin salah seorang darinya (anak atau ibu dan bapa) akan meninggalkan dunia yang fana ini tanpa dijangka.

9. Muliakan sahabat-sahabat ibubapa, hubungkan tali silaturrahim dengan keluarga dan sahabt-sahabat mereka.

10. Apabila mereka sudah lanjut umur (tua) dan uzur, hendaklah dipenuhi segala keperluan mereka. Selalu menziarahi mereka kerana dengan ini boleh menghibur dan mentetenteramkannya, sebagai melahirkan kesyukuran kepada Allah terhadap jasabakti yang telah dapat dinikmati.

jADI jika nak huraikah adab terhadap ibu bapa disini terlalu byk....jd jika kita pulang ke rumah bg pelajar2 yg tnggal diasrama ...rajinlah lah tlg ibu kita bg anak perempuan....kalu blh kita lakukan semua kerja rumah....bglah pulak ibu kita rehat time kita ada dirumah...biar kita buat kerja ,mengemas rumah,memasak,basuh baju dan sebagainya...jika kita lihat amalan ini sngt simple...tp pahalanya ...masyaAllah berlipat ganda...utk anak lelaki ...jgn katakan semua kerja ini diserahkan kepada adik- beradik perempuan....siapa kata anak lelaki tidak perlu lakukan semua...ini....kerja2 ini semua latihan utk kita....utk pada masa hadapan ........

wsalam ..khalilah AZimah Binti Abdullah

No comments:

Post a Comment