CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Hi Welcome To Our Blog...


Thursday, December 2, 2010

Berita Hari Ini..

2010/12/03
Anak Peserta Agropolitan Didedah Pembelajaran Berkesan

LEBIH 70 kanak-kanak daripada keluarga peserta Agropolitan Pekan, Pahang, didedahkan dengan proses pembelajaran secara berkesan selain meningkatkan semangat mereka untuk cemerlang dalam akademik.

Program menerusi ‘Perkhemahan Kanak-Kanak SINAR ECER’ anjuran Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berlangsung di Sekolah Kebangsaan Runchang, Pahang baru-baru ini.

Selain memperkasakan pencapaian akademik, peserta juga dapat meningkatkan kemahiran menguruskan diri, berfikir secara kreatif dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Jebasingam Issace John, berkata program membabitkan kanak-kanak daripada keluarga miskin tegar di Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

“Program ini adalah usaha berterusan kami dalam menyuntik semangat generasi muda untuk terus tekun belajar dan mendidik mereka supaya lebih berdaya saing.

“Kini seramai 95 kanak-kanak mengikuti program membabitkan 70 anak keluarga projek Agropolitan Pekan di Runchang, Pahang dan selebihnya anak daripada peserta Agropolitan Kelantan Selatan di Gua Musang, Kelantan.

“Terdapat dua fasa aktiviti dengan fasa pertama menanamkan semangat mengenali dan menghargai diri sendiri serta pengurusan kendiri. Fasa kedua memberi penekanan kepada pentingnya meningkatkan prestasi akademik,” katanya.

Sebagai persediaan awal, Jebasingam berkata, pihaknya mengadakan Hari Interaktif. Pada program berkenaan, peserta diajar mengenai cara meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

Selepas sesi suai kenal, beliau berkata, peserta dapat meningkatkan kebolehan berkerja dalam kumpulan menerusi pelbagai aktiviti mencabar.

Diharap dengan usaha ini,negara kita dilimpahi dengan pelajar2 yang berjaya.
Khalidah

No comments:

Post a Comment