CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Hi Welcome To Our Blog...


Thursday, December 2, 2010

RM1.47 juta Laksana Program Sekolah Angkat

2010/12/02
TELEKOM Malaysia Berhad (TM) akan memastikan golongan muda mendapat pendidikan secukupnya supaya dapat menyumbang kepada pembangunan negara, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Datuk Zamzamzairani Mohd Isa.

Beliau berkata, program sekolah angkat yang diwujudkan pertengahan tahun lalu adalah inisiatif menerusi tanggungjawab sosial korporat TM.

Katanya, TM memperuntukkan sejumlah RM1.47 juta membabitkan perbelanjaan RM670,000 kepada tiga sekolah menerusi fasa kedua Projek Sekolah Angkat bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).
“Di bawah program kemudahan teknologi maklumat dan infrastruktur telekomunikasi di sekolah dipilih disediakan pelbagai program pembelajaran untuk guru, pelajar dan masyarakat setempat membabitkan latihan dan bengkel peperiksaan, bengkel Bahasa Inggeris, bengkel pengurusan dan penyelenggaraan komputer dan kursus motivasi,” katanya ketika melancarkan fasa kedua program itu di Sekolah Menengah Rendah Agama Repah (SMRAR), Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Sekolah berkenaan, selain SMRAR ialah Sekolah Kebangsaan Teriang, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pakan, Sarikei, Sarawak.

Program sekolah angkat ini adalah kesinambungan projek Sekolah Angkat pertama kerjasama Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi pada 2004 dengan SMK Ayer Lanas, Jeli, Kelantan sebagai pilihannya.

Zamzamzairani berkata, program itu terbukti berhasil apabila lebih 6,000 orang termasuklah 4,000 pelajar, lebih 300 guru dan 1,100 ahli masyarakat setempat terbabit menjayakannya.
Sementara itu, Ketua Setiausaha KPKK, Datuk Seri Kamarudin Siaraf berharap program itu berjaya melahirkan kumpulan pelajar cemerlang dalam akademik dengan peningkatan proses pembelajaran menerusi aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Berita ini menunjukkan bahawa kerajaan amat pentingkan pendidikan terhadap semua lapisan masyarakat khususnya bagi masyarakat yang kurang berkemampuan demi melahirkan generasi yang dapat menyumbang kepada pembangunan Negara supaya dapat berdiri gah bersama2 negara2 maju yang lain.

Bersama membantu hasrat Negara,
Khalidah

No comments:

Post a Comment